ANGGUR TASIK BERIS

Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan Empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000. Empangan Beris pada asalnya adalah kawasan perkampungan yang terdiri daripada beberapa buah kampung – Kampung Sungai Batang, Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar. Dari Pekan Sik, jarak ke tasik [...]

MEMORI INDAH DI SUNGAI BESAR

Sungai Besar, sebuah pekan yang terletak di antara Sekinchan dan Sabak Bernam, Selangor. Jarak jauh pekan ini dari Kuala Lumpur lebih kurang 120 kilometer. Kebanyakan penduduk Sungai Besar terdiri daripada petani, pengusaha IKS dan nelayan. Padi merupakan tanaman utama, selain kelapa kelapa sawit. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam. Pekan ini menjadi [...]

RAHSIA JELITA DI SELAYANG

Ingin kelihatan jelita? Datanglah ke Selayang yang terletak dalam daerah Gombak, Selangor. Terdapat sebuah “Kedai Serbaneka: Rahsia Jelita” di sini. Agaknya, terdapat barangan yang dijual di sini dapat membuatkan pelanggan menjadi jelita. Pemilik kedai ini ternyata bijak memilih nama bagi premis perniagaannya. Pemilik “Restoran Rumpun Selera” pun berfikiran yang sama. Pelanggan pasti tertarik untuk singgah [...]

CINTA MANIS KELUARGA KITA

Menurut  Kamus  Dewan,  rawang  bermaksud  hutan  yang  berpaya-paya. Rawang juga merupakan sejenis pokok palma. Kedua-dua maksud itu memungkinkan asal kemunculan nama petempatan yang kini dikenali sebagai Rawang. Melalui jalan lama, penulis berpeluang menyaksikan kehijauan hutan simpan yang masih terpelihara di kawasan Hutan Lipur  Kanching. Tidak jauh dari hutan lipur itu, saya nampak papan tanda “Taman [...]

KESIDANG

Pokok kesidang berasal dari Pulau Jawa. Di negeri utara Malaysia, kesidang dikenali dengan nama pokok bunga kerak nasi, manakala di pantai timur Malaysia dikenali dengan nama bunga tikam seladang. Di negara Barat, pokok ini dikenali sebagai bread flower. Nama saintifik bagi pokok dalam keluarga Apocynaceae ini ialah Vallaris glabra. Kesidang sering menjadi penghias halaman dan [...]

KENANGA

  Kenanga termasuk dalam keluarga Annonaceae. Nama saintifik bagi kenangan ialah Cananga odorata. Ketinggian pokok kenanga boleh mencecah sehingga 20 meter. Namun begitu, jika ditanam di halaman atau dalam pasu dan sering dikawal pertumbuhannya dengan kaedah cantasan, pokok kenanga akan tumbuh rendang dan cantik dengan ketinggiannya sekitar dua meter sahaja. Pokok kenanga tumbuh melalui biji [...]

KANCING BAJU

  Kancing baju merupakan pokok yang hampir serupa dengan pokok jut yang terdapat di India, Bangladesh dan Afrika yang sering digunakan untuk membuat tali. Pokok ini merupakan tumbuhan beranting banyak, senang tumbuh dan boleh dibiakkan melalui biji benih. Di beberapa tempat, pokok ini dikenali juga dengan nama butang baju, jut dan jelita. Nama saintifiknya ialah [...]

KACIP FATIMAH

  Kacip fatimah atau nama saintifiknya Labisia pumila tergolong dalam keluarga Myrsinaceae. Tumbuhan liar ini banyak dijumpai di hutan hujan tropika. Sekurang-kurangnya terdapat tiga spesies pokok kacip fatimah yang dijumpai di Malaysia. Pokok kacip Fatimah senang dibiakkan melalui keratin akar dan biji benih. Kini, pokok ini ditanam secara komersial dan dijadikan tonik untuk minuman kesihatan. [...]

JARUM TUJUH BILAH

  Pokok jarum tujuh bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok renek yang terdapat di Malaysia dan di kebanyakan negara ASEAN. Nama lain bagi pokok ini ialah bintang tujuh, pokok kanser dan chat sim chan. Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan. Ia dikategorikan sebagai tanaman herba daripada keluarga kaktus berdaun yang cantik [...]

INAI

  Inai merupakan tumbuhan renek yang mempunyai ranting dan daun yang banyak. Daun inai muda berwarna hijau terang dan berubah menjadi hijau gelap setelah matang dan mempunyai bintik-bintik hitam di permukaan daun. Bintik hitam itu dikatakan dapat menentukan tahap kemerahan sewaktu inai disapukan pada kuku atau bahagian badan yang lain. Pokok ini dikenali juga dengan [...]