BAGAN NAKHODA OMAR

Bagan Nakhoda Omar, sebuah pekan kecil di Sabak Bernam terletak di barat laut negeri Selangor. Daerah ini merupakan sempadan negeri Selangor dengan Perak di utara yang disempadani oleh Sungai Bernam. Asal nama Sabak Bernam pula dipercayai daripada perkataan “Sahabat Berenam”. Mereka merupakan bekas pembesar Aceh dan Sumatera yang berdagang ke Tanah Melayu dan menemui kuala [...]

LOTONG KELABU BUKIT MELAWATI

BUKIT MELAWATI yang juga dikenali sebagai Bukit Selangor terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik, menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Kedudukannya di tempat tinggi sangat sesuai sebagai kubu pertahanan. Musuh yang datang dari bawah dapat dikesan dengan mudah. Oleh sebab itu, Bukit Melawati pernah menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Selangor pada [...]

SETIU AGRO RESORT: FIKIRAN SEGAR, JIWA TENANG

Tiada sesiapa pun menduga bahawa sebuah kawasan terpencil di pendalaman, malah tidak ada apa-apa keistimewaan, kini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal. Dahulu, kawasan hijau di kaki Gunung Tebu ini hanyalah sebuah kem latihan dan ladang pertanian. Peladang Setiu Agro Resort (PSAR) yang dimiliki oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu, terletak 89 kilometer dari Bandar Kuala [...]

TAMAN BOTANI PULAU PINANG

Pulau Pinang yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mempunyai keluasan kira-kira 1056 kilometer persegi. Ibu Negeri Pulau Pinang ialah George Town. Pulau Pinang dibahagikan kepada lima daerah utama iaitu Barat Daya (Balik Pulau), Timur Laut (George Town), Seberang Perai Selatan (Nibung Tebal), Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam) dan Seberang Perai Utara (Butterworth). Antara bandar [...]