KESIDANG

Pokok kesidang berasal dari Pulau Jawa. Di negeri utara Malaysia, kesidang dikenali dengan nama pokok bunga kerak nasi, manakala di pantai timur Malaysia dikenali dengan nama bunga tikam seladang. Di negara Barat, pokok ini dikenali sebagai bread flower. Nama saintifik bagi pokok dalam keluarga Apocynaceae ini ialah Vallaris glabra. Kesidang sering menjadi penghias halaman dan [...]

KENANGA

  Kenanga termasuk dalam keluarga Annonaceae. Nama saintifik bagi kenangan ialah Cananga odorata. Ketinggian pokok kenanga boleh mencecah sehingga 20 meter. Namun begitu, jika ditanam di halaman atau dalam pasu dan sering dikawal pertumbuhannya dengan kaedah cantasan, pokok kenanga akan tumbuh rendang dan cantik dengan ketinggiannya sekitar dua meter sahaja. Pokok kenanga tumbuh melalui biji [...]

KANCING BAJU

  Kancing baju merupakan pokok yang hampir serupa dengan pokok jut yang terdapat di India, Bangladesh dan Afrika yang sering digunakan untuk membuat tali. Pokok ini merupakan tumbuhan beranting banyak, senang tumbuh dan boleh dibiakkan melalui biji benih. Di beberapa tempat, pokok ini dikenali juga dengan nama butang baju, jut dan jelita. Nama saintifiknya ialah [...]

KACIP FATIMAH

  Kacip fatimah atau nama saintifiknya Labisia pumila tergolong dalam keluarga Myrsinaceae. Tumbuhan liar ini banyak dijumpai di hutan hujan tropika. Sekurang-kurangnya terdapat tiga spesies pokok kacip fatimah yang dijumpai di Malaysia. Pokok kacip Fatimah senang dibiakkan melalui keratin akar dan biji benih. Kini, pokok ini ditanam secara komersial dan dijadikan tonik untuk minuman kesihatan. [...]

JARUM TUJUH BILAH

  Pokok jarum tujuh bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok renek yang terdapat di Malaysia dan di kebanyakan negara ASEAN. Nama lain bagi pokok ini ialah bintang tujuh, pokok kanser dan chat sim chan. Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan. Ia dikategorikan sebagai tanaman herba daripada keluarga kaktus berdaun yang cantik [...]

INAI

  Inai merupakan tumbuhan renek yang mempunyai ranting dan daun yang banyak. Daun inai muda berwarna hijau terang dan berubah menjadi hijau gelap setelah matang dan mempunyai bintik-bintik hitam di permukaan daun. Bintik hitam itu dikatakan dapat menentukan tahap kemerahan sewaktu inai disapukan pada kuku atau bahagian badan yang lain. Pokok ini dikenali juga dengan [...]

DELIMA

  Pokok delima berasal dari Iran dan banyak terdapat di Algeria, Azerbaijan, Turki dan beberapa kawasan yang kering di Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Pokok ini mempunyai daun yang berkilat pada bahagian permukaan. Bunganya pula berwarna merah dan ada juga spesies yang berbunga jingga. Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum dan dalam keluarga Lythraceae. Pokok [...]

DEWA

  Pokok dewa mudah dikenali melalui bentuk daun yang bergerigi besar. Di sekeliling tepi daunnya terdapat garisan berwarna ungu kehitaman yang membentuk gerigi daun. Pada permukaan daun terdapat rerambut yang halus. Pokok ini termasuk dalam kelompok tumbuhan yang berbatang lembut. Pokok dewa juga dikenali dengan nama setawar barah, beluntas cina, dan pokok samsit. Nama saintifiknya [...]

CEMPAKA dan BUNGA MATAHARI

  Cempaka berbau wangi. Cantik terserlah putih menawan menjadikan bunga ini bunga pilihan sejak dahulu. Ada ibu bapa zaman dahulu yang menamakan anak mereka dengan nama Cempaka. Bunga cempaka turut digunakan dalam pantun, sajak atau gurindam. Nama saintifik bunga cempaka ialah Michelia alba dan tergolong dalam keluarga Magnoliaceae. Bunga cempaka berbentuk bujur dan berkelopak apabila [...]

BUNGA TANJUNG

Pokok tanjung rendang dan sesuai dijadikan pohon peneduh. Walaupun pokok tanjung tumbuh tinggi dan berbatang besar, tetapi melalui kaedah tut dan cantasan, pokok ini dapat ditanam di dalam pasu dan menjadi penyeri halaman rumah. Bunga tanjung akan menjadikan halaman rumah berbau wangi. Akibat bau wangi bunga tanjung inilah pokok ini sering dikaitkan dengan hantu. Bau [...]