MEMORI INDAH DI SUNGAI BESAR

Sungai Besar, sebuah pekan yang terletak di antara Sekinchan dan Sabak Bernam, Selangor. Jarak jauh pekan ini dari Kuala Lumpur lebih kurang 120 kilometer. Kebanyakan penduduk Sungai Besar terdiri daripada petani, pengusaha IKS dan nelayan. Padi merupakan tanaman utama, selain kelapa kelapa sawit. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam. Pekan ini menjadi [...]

RAHSIA JELITA DI SELAYANG

Ingin kelihatan jelita? Datanglah ke Selayang yang terletak dalam daerah Gombak, Selangor. Terdapat sebuah “Kedai Serbaneka: Rahsia Jelita” di sini. Agaknya, terdapat barangan yang dijual di sini dapat membuatkan pelanggan menjadi jelita. Pemilik kedai ini ternyata bijak memilih nama bagi premis perniagaannya. Pemilik “Restoran Rumpun Selera” pun berfikiran yang sama. Pelanggan pasti tertarik untuk singgah [...]

CINTA MANIS KELUARGA KITA

Menurut  Kamus  Dewan,  rawang  bermaksud  hutan  yang  berpaya-paya. Rawang juga merupakan sejenis pokok palma. Kedua-dua maksud itu memungkinkan asal kemunculan nama petempatan yang kini dikenali sebagai Rawang. Melalui jalan lama, penulis berpeluang menyaksikan kehijauan hutan simpan yang masih terpelihara di kawasan Hutan Lipur  Kanching. Tidak jauh dari hutan lipur itu, saya nampak papan tanda “Taman [...]

KEDAI KOPI JALAN BESAR

Kuantan, ibu negeri Pahang merupakan pintu masuk ke pantai timur bagi pengunjung  dari arah Kuala Lumpur dan selatan. Sebelum Kuantan, pusat pentadbiran negeri Pahang ialah Kuala Lipis. Sistem berkerajaan tempatan mula dilaksanakan di Kuantan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board yang bertanggungjawab terhadap kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada 1 September [...]

BAHASA JALAN TAR

Jalan Tuanku Abdul Rahman, KualaLumpur atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan, malah turut menjadi sebutan dan dikenali oleh pelancong luar negara. Di sini, terdapat pusat  beli-belah lama dan baharu yang menjadi tumpuan orang ramai, terutama menjelang musim perayaan dan musim persekolahan. Pelbagai barangan terdapat di sini, termasuklah pakaian, [...]

PEKAN GAJAH JATUH

Changlun adalah sebuah bandar kecil dalam daerah Kubang Pasu. Sempadan Malaysia – Thailand di Bukit kayu Hitam terletak hanya lapan kilometer dari pekan ini. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud “gajah jatuh”.  Kedudukan Changlun cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia – Thailand di Utara; Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) [...]

BANDAR MENARA CONDONG

Mak Intan seorang ahli perniagaan dan golongan bangsawan yang disegani kerana kekayaan dan kebijaksanaannya. Mengambil sempena nama beliau, kawasan penempatan di Kuala Sungai Perak dinamakan Telok Mak Intan. Pada zaman penjajahan Inggeris, nama Telok Mak Intan ditukarkan kepada Telok Anson, sempena nama General Archibald Anson, Pegawai Daerah Hilir Perak ketika itu. Kemudian, pada 1 Januari [...]

KEDAI KEK MANIS, KAMPUNG LUBUK KATAK

  Tapah merupakan sebuah bandar dalam daerah Batang Padang, Perak. Salah satu versi asal-usul nama bandar ini berkaitan dengan ikan tapah. Penduduk sekitar  Sungai Batang Padang mengebumikan jenazah di tanah perkuburan di Kampung Datuk. Mereka membawa jenazah menggunakan sampan kerana tanah perkuburan itu berhampiran tebing Sungai Batang Padang.             Apabila hujan lebat dan air Sungai [...]

TAIPING BANDAR BERSEJARAH

Suatu ketika dahulu, Kelian Pauh di daerah Larut kaya dengan bijih timah. Sumber bumi yang mahal itu menjadi rebutan sehingga menimbulkan pergaduhan dua kumpulan pendatang dari negara China, iaitu Hai San dan Ghee Hin. Setelah dua kumpulan itu berdamai, Taiping yang bermaksud “aman” atau “damai” dipilih sebagai nama baharu bagi Kelian Pauh. Taiping menjadi ibu [...]

SHANA KOSMETIK, RESTORAN SAHABAT KITA

Sungai Petani merupakan bandar yang kedua terbesar di Kedah, selepas Alor Setar. Bandar ini menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Kuala Muda. Nama bandar ini diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Suatu ketika dahulu, Kedah dikenali dengan nama Langkasuka. Banyak pedagang yang berulang-alik antara Lembah Merbok dan Pattani di Selatan Thailand serta [...]