NASI LEMAK AYAM KAMPUNG, NASI KANDAR MAHA MAJU

Ipoh diisytiharkan sebagai bandar raya pada 27 Mei 1988. Nama Ipoh mengambil sempena nama sejenis pokok yang banyak terdapat di kawasan Ipoh suatu ketika dahulu.   Baru-baru ini,  penulis berkunjung ke Ipoh. Tempat menjamu selera, sama ada di restoran atau gerai biasa senang dicari di sini. Penulis singgah untuk makan di sebuah restoran yang nampaknya [...]

RAHSIA JELITA DI SELAYANG

Ingin kelihatan jelita? Datanglah ke Selayang yang terletak dalam daerah Gombak, Selangor. Terdapat sebuah “Kedai Serbaneka: Rahsia Jelita” di sini. Agaknya, terdapat barangan yang dijual di sini dapat membuatkan pelanggan menjadi jelita. Pemilik kedai ini ternyata bijak memilih nama bagi premis perniagaannya. Pemilik “Restoran Rumpun Selera” pun berfikiran yang sama. Pelanggan pasti tertarik untuk singgah [...]

RATU MEMPELAI SERI GUNUNG

Alor Setar, Ibu Negeri Kedah merupakan bandar yang tertua di Malaysia. Alor Setar dinamai sempena nama sebatang pokok yang dikenali sebagai setar. Di negeri lain, pokok ini disebut sebagai pokok kundang. Nama saintifik bagi pokok ini ialah Bouea macrophylla. Pokok ini berbuah, berwarna hijau sewaktu muda dan berwarna kuning apabila masak. Rasa buahnya masam-masam manis. [...]

KEDAI PILIHAN SATU

Sabak Bernam yang berkeluasan 242,560 ekar terletak di barat laut negeri Selangor. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara yang dipisahkan oleh Sungai Bernam. Selain itu, Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini ialah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Asal nama Sabak [...]

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

  Kuala Kangsar, selain terkenal sebagai Bandar Diraja yang mempunyai istana-istana yang cantik, dikenali juga kerana kewujudan sebuah institusi pendidikan ulung di negara ini, iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar. Institusi ini telah melahirkan banyak cendekiawan Melayu dan pemimpin negara. Bandar yang terletak kira-kira 48 kilometer ke utara Ipoh ini dinamakan bersempena pokok kangsar yang tumbuh [...]

GULAI ITIK dan PAK LOONG di JITRA

Jitra, sebuah bandar dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu terletak 20 kilometer ke utara Alor Setar. Kedudukan bandar Jitra lebih kurang 30 kilometer dari sempadan Malaysia – Thailand di Bukit Kayu Hitam. Oleh sebab kedudukannya yang hampir dengan sempadan Thailand, banyak penduduk Jitra berketurunan Siam dan dapat bertutur bahasa Siam. Nama Jitra juga berasal daripada bahasa [...]