KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

10

11

12

Kuala Kangsar merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Perak Darul Ridzuan, terletak 48 kilometer ke utara Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai.

Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk kraf tempatan. Bandar ini terletak di hulu Sungai Perak dan dikelilingi oleh Banjaran Bintang di sebelah utara, manakala Banjaran Keledang di sebelah selatan.

Pelbagai tarikan alam semula jadi, kesenian, dan budaya membentuk identiti yang unik sebagai sebuah Bandar Diraja Negeri Perak. Antara daya tarikan yang paling popular di daerah ini adalah Istana Iskandariah yang merupakan istana yang terbesar di Malaysia. Kuala Kangsar lokasi yang sangat sesuai untuk penempatan, bercucuk tanam, dan sebagai pusat perniagaan.

Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk. Berdasarkan keistimewaan ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tertua, yang dihuni manusia berabad-abad yang lalu.

4

5

6

7

Di tebing Sungai Kangsar, terdapat pelantar berbumbung yang dibina menganjur ke sungai. Dari sini, pemandangan persekitaran cukup mendamaikan. Banyak penduduk tempatan bersantai menghirup udara segar pada waktu pagi dan petang.

1

2

3

8

Di seberang sungai, kelihatan perkampungan yang dikenali sebagai Persisiran Sayong yang menggamit pelancong. Di situ terdapat industri pembuatan labu sayong yang terkenal di negeri Perak. Tanah di Kampung Kepala Bendang, Sayong dikatakan tanah yang terbaik dijadikan bahan membuat labu. Banyak penduduk kampung menjadi pengusaha labu sayong. Hasil kraf ini dijual ke seluruh negara.

 Oleh Adnan Abd Jamil