POKOK AJAIB

ajaib 1Pokok ajaib merupakan pokok renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga tiga meter. Nama lain bagi pokok ini ialah miraculous berry, buah ajaib, miracle fruit, miracle berry, magic berry. Nama saintifiknya pula ialah Synsepalum dulcificum. Pokok ini dikatakan berasal dari Afrika dan banyak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika. Nama pokok ini mungkin kerana buahnya yang tawar, tetapi dapat memberikan rasa manis bagi makanan yang dimakan selepas memakan buahnya. Kesan manis yang dapat dirasai sehingga dua jam ini adalah kerana sejenis asid yang terdapat dalam buah ajaib.ajaib 2ajaib buah

Bunga pokok ajaib berwarna putih dan berbuah sepanjang tahun. Buahnya berbentuk seperti buah beri, berwarna hijau ketika muda dan berwarna merah apabila m  asak. Kesemua bahagian pokok berguna untuk tujuan kesihatan sama ada dengan menjadikan pucuknya sebagai ulam, memakan buahnya yang masak, atau meminum air rebusan daun dan akar pokok ajaib. Selain cantik dan dapat menghijaukan halaman, pokok ajaib dapat melegakan demam, mengurangkan kandungan gula bagi penghidap kencing manis, mencegah malaria, menghilangkan penyakit buasir dan melegakan batuk.