AKAR CERITA

akar cerita 1

Pokok akar cerita atau hempedu bumi merupakan tumbuhan herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 90 sentimeter. Pokok hempedu bumi ini banyak terdapat di China, India, Indonesia, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Akar cerita juga dikenali dengan nama hempedu tanah, kirta, king of bitter, dan sambiloto. Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah Andrographis paniculata dan termasuk dalam keluarga Acanthaceae. Daun hempedu bumi berwarna hijau tua pada permukaan atas dan berwarna hijau muda di bahagian bawah. Pokok ini mempunyai banyak dahan. Batang pokok pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku Mengeluarkan dua helai daun. Bunga akar cerita kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 milimeter panjang dan tiga milimeter lebar.akar cerita 2 copy

Pengamal perubatan tradisional menggunakan air rebusan daun hempedu bumi bagi menurunkan tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, pelawas pembuangan air besar dan melegakan demam. Selain direbus, daun ini boleh juga direndam dan airnya diminum sewaktu suam. Luka dan gigitan serangga dapat disembuhkan dengan cepat dengan melekapkan daun yang telah ditumbuk lumat pada bahagian yang luka. Akar cerita atau hempedu bumi yang menghijau cantik ditanam di dalam pasu dan dijadikan penghias halaman rumah.