AKAR SOM

 Akar som dikenali juga dengan nama akar ginseng, akar songsong, ulam ginseng, som jawa, kelesom, turen shen, panicled fameflower root, dan talini paniculati radix. Nama saintifik bagi akar som ialah Talinum paniculatum gaertn dan tergolong dalam keluarga Portulacaceae. Pada asalnya, pokok ini tumbuh meliar dan mula dijumpai di kawasan beriklim tropika.AKAR SOM 1

Kesedaran tentang kebaikan memakan ulam dan khasiat perubatan tradisional menjadikan akar som sebagai tanaman hiasan dan tanaman halaman yang digemari. Pokok ini cantik ditanam dalam pasu atau di halaman rumah. Keseluruhan pokok yang berbatang lembut ini berwarna hijau. Bunganya berwarna ungu.AKAR SOM BUNGA copy

Antara khasiat yang diperoleh melalui daun yang dijadikan ulam adalah dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan. Bagi ibu yang menyusukan anak, daun akar som dapat menambahkan susu badan. Bagi kanak-kanak yang sering diserang penyakit bisul, hancurkan daun dan campur sedikit gula merah, kemudian tampal pada bisul untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Meminum air rebusan pokok ini berkesan bagi melegakan penyakit batuk, asma, kencing manis dan darah tinggi. Masyarakat Melayu di negeri Kelantan menjadikan akar pokok sebagai ulam. Cara ini dikatakan lebih berkesan bagi proses penyembuhan penyakit yang dialami.