BUNGA MATAHARI

Bunga matahari, nama saintifiknya Helianthus annuus dan tergolong dalam keluarga Asteraceae, cantik sebagai tanaman penghias halaman. Bunganya besar dan berwarna kuning terang. Bunga ini dinamakan bunga matahari kerana bentuknya dan bunganya akan menghadap ke arah matahari. Saiz bunga matahari antara 20 hingga 30 bunga matahari pula akan mencecah hampir tiga meter, bergantung pada kesuburannya.

bunga matahari 2

Daun pokok bunga matahari berbentuk bujur, lebar dan seakan-akan bentuk hati. Pada permukaan daun dan batang pokok terdapat bulu halus. Sesuai dengan namanya, pokok ini hidup subur di bawah sinaran matahari. Pembiakannya mudah, iaitu melalui biji benih. Bunga matahari ditanam secara komersial untuk mendapatkan bijinya. Biji bunga matahari juga dijadikan minyak. Biji ini terdapat pada bahagian tengah bunga.

Kecuali batang, bahagian pokok yang lain – bunga, daun, biji dan batang – berguna untuk tujuan perubatan. Untuk melegakan cirit-birit, melegakan sakit kepala dan menambah selera makan, ambil biji bunga matahari, rebus dengan mencampurkan sedikit gula batu. Minum air rebusan setelah sejuk.

bunga matahari 1 copy

Untuk menghilangkan jangkitan pada saluran kencing, minum air rebusan akar pokok bunga matahari. Untuk melegakan penyakit gatal kulit, tempelkan daun yang sudah dilumatkan pada bahagian yang berkenaan. Kegunaan bunga pula adalah melegakan sakit gigi, sakit perut, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan radang kulit.