BUNGA RAYA

BUNGA RAYA 1

Bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya atau nama saintifiknya Hisbiscus rosa sinensis ditanam meluas oleh penduduk Malaysia. Sama ada di rumah atau di taman-taman bunga, pokok ini ditanam sebagai tanaman hiasan kerana mempunyai bunga yang cantik dan pelbagai warna.

BUNGA RAYA 2 copy

Sebagai lambang bunga kebangsaan, pokok yang berbunga merah telah dipilih oleh Kementerian Pertanian. Sebanyak tujuh jenis bunga telah dicadangkan sewaktu proses pemilihan bunga untuk dijadikan bunga kebangsaan Malaysia. Bunga-bunga yang dicadangkan itu ialah bunga kenanga, bunga tanjung, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, dan bunga cempaka. Bunga raya akhirnya dipilih menjadi bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960.BUNGA RAYA 3

Landskap-landskap yang terdapat di Malaysia tidak terserlah keindahannya tanpa bunga raya. Bunga raya bukan sahaja cantik ditanam di halaman atau di dalam pasu di rumah, malah mempunyai khasiat untuk mengubati beberapa jenis penyakit ringan. Untuk melegakan demam panas, ambil daun pokok bunga raya dan ramas dengan sedikit air. Pupuk daun itu pada dahi. Air ramasan daun juga boleh dijadikan syampu bagi melebatkan rambut dan menghalang keguguran rambut.