DELIMA

delima 1 

Pokok delima berasal dari Iran dan banyak terdapat di Algeria, Azerbaijan, Turki dan beberapa kawasan yang kering di Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Pokok ini mempunyai daun yang berkilat pada bahagian permukaan. Bunganya pula berwarna merah dan ada juga spesies yang berbunga jingga. Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum dan dalam keluarga Lythraceae. Pokok delima terkenal kerana buahnya. Buah delima sedap rasanya dan mempunyai banyak khasiat. Buah delima mempunyai biji yang banyak berwarna merah dan biji inilah yang dimakan. Kini terdapat jus buah delima yang sedap rasanya.delima 3

delima 2

Buah delima dikatakan banyak mengandungi vitamin C, sodium, riboflavin, kalsium dan fosforus. Kandungan ini baik bagi kesihatan jantung dan mata. Memakan buah delima dapat mengurangkan tekanan darah tinggi serta melegakan sakit perut dan cirit-birit. Buah ini juga berkesan bagi pesakit anemia atau penyakit kurang darah merah. Pokok delima sesuai juga ditanam di dalam pasu besar sebagai penyeri halaman rumah.