DEWA

 DEWA 2

Pokok dewa mudah dikenali melalui bentuk daun yang bergerigi besar. Di sekeliling tepi daunnya terdapat garisan berwarna ungu kehitaman yang membentuk gerigi daun. Pada permukaan daun terdapat rerambut yang halus. Pokok ini termasuk dalam kelompok tumbuhan yang berbatang lembut.

DEWA 1

Pokok dewa juga dikenali dengan nama setawar barah, beluntas cina, dan pokok samsit. Nama saintifiknya ialah Gynura divaricata dan tergolong dalam keluarga compositae. Pembiakan utama adalah melalui ubi dan pecahan rumpun. Pucuk daun dewa sering dijadikan ulam oleh penduduk kampung. Selain rasanya yang sedap, amalan memakan daun dewa dapat membantutkan pertumbuhan tumor. Daun dewa juga berkesan bagi mengubati bisul dan ketuat. Caranya mudah, iaitu dengan menghancurkan daun yang dicampurkan sedikit air, kemudian ditempel pada bahagian berkenaan.

Ubi pokok dewa yang dihancurkan dapat menjadi penawar bisa gigitan ular dan menghilangkan kesan lebam. Pokok dewa yang cantik daunnya sangat sesuai untuk dijadikan tanaman halaman.