JARUM TUJUH BILAH

 jarum tujuh bilah a

Pokok jarum tujuh bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok renek yang terdapat di Malaysia dan di kebanyakan negara ASEAN. Nama lain bagi pokok ini ialah bintang tujuh, pokok kanser dan chat sim chan. Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan. Ia dikategorikan sebagai tanaman herba daripada keluarga kaktus berdaun yang cantik ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Bunganya berwarna jingga terang.

jarum tujuh bilah b

Terdapat sekurang-kurangnya 15 spesies pokok ini. Antara yang paling digemari ialah pokok yang berbunga merah dan jingga. Pada bahagian batangnya terdapat duri tajam. Oleh sebab itulah ia dipanggil jarum tujuh bilah. Pokok jarum tujuh bilah senang membiak melalui keratan batang dan biji benih. Bunganya akan kembang cantik jika mendapat banyak cahaya matahari.

jarum tujuh bilah 1

Pokok jarum ini dipercayai dapat mencegah penyakit barah terutama barah usus dan barah hidung, menyembuhkan penyakit darah tinggi dan kencing manis serta dapat menghilangkan sakit kepala. Amalan memakan daun atau pucuknya sebagai ulam dapat melegakan sengal sendi dan menyegarkan badan. Selain memakan pucuknya, daun jarum tujuh bilah boleh direndam dan air rendaman itu dijadikan minuman kesihatan. Daunnya boleh juga dikisar dan dijadikan jus.