KANCING BAJU

 kancin baju merah

Kancing baju merupakan pokok yang hampir serupa dengan pokok jut yang terdapat di India, Bangladesh dan Afrika yang sering digunakan untuk membuat tali. Pokok ini merupakan tumbuhan beranting banyak, senang tumbuh dan boleh dibiakkan melalui biji benih. Di beberapa tempat, pokok ini dikenali juga dengan nama butang baju, jut dan jelita. Nama saintifiknya ialah Corchorus capsularis.

Bunga pokok ini kelihatan seperti butang baju dan daunnya berekor di bahagian pangkal. Di Malaysia, pokok ini banyak didapati di hutan negeri Kelantan dan terdapat dalam dua spesies iaitu kancing baju berbatang merah dan kancing baju berbatang hijau. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga empat meter.

kancin baju buah

 

Sejak zaman dahulu, kancing baju terkenal sebagai tumbuhan yang penting untuk tujuan perubatan. Antara khasiatnya termasuklah sebagai penambah selera makan, menghilangkan panas badan akibat demam dan melegakan cirit birit. Daun kancing baju mengandungi kadar protein yang tinggi. Pucuknya boleh dijadikan ulam. Daun yang dikeringkan dan dijadikan the sangat berkhasiat untuk kesihatan.

Menurut orang tua-tua, amalan memakan daun kancing baju dengan gula merah pada setiap pagi dapat melancarkan perjalanan darah dan menambahkan tenaga lelaki. Air rebusan pokok kancing baju berkhasiat bagi mengembalikan kesihatan wanita yang lepas bersalin.