DELIMA

  Pokok delima berasal dari Iran dan banyak terdapat di Algeria, Azerbaijan, Turki dan beberapa kawasan yang kering di Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Pokok ini mempunyai daun yang berkilat pada bahagian permukaan. Bunganya pula berwarna merah dan ada juga spesies yang berbunga jingga. Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum dan dalam keluarga Lythraceae. Pokok [...]

DEWA

  Pokok dewa mudah dikenali melalui bentuk daun yang bergerigi besar. Di sekeliling tepi daunnya terdapat garisan berwarna ungu kehitaman yang membentuk gerigi daun. Pada permukaan daun terdapat rerambut yang halus. Pokok ini termasuk dalam kelompok tumbuhan yang berbatang lembut. Pokok dewa juga dikenali dengan nama setawar barah, beluntas cina, dan pokok samsit. Nama saintifiknya [...]

CEMPAKA dan BUNGA MATAHARI

  Cempaka berbau wangi. Cantik terserlah putih menawan menjadikan bunga ini bunga pilihan sejak dahulu. Ada ibu bapa zaman dahulu yang menamakan anak mereka dengan nama Cempaka. Bunga cempaka turut digunakan dalam pantun, sajak atau gurindam. Nama saintifik bunga cempaka ialah Michelia alba dan tergolong dalam keluarga Magnoliaceae. Bunga cempaka berbentuk bujur dan berkelopak apabila [...]

BUNGA TANJUNG

Pokok tanjung rendang dan sesuai dijadikan pohon peneduh. Walaupun pokok tanjung tumbuh tinggi dan berbatang besar, tetapi melalui kaedah tut dan cantasan, pokok ini dapat ditanam di dalam pasu dan menjadi penyeri halaman rumah. Bunga tanjung akan menjadikan halaman rumah berbau wangi. Akibat bau wangi bunga tanjung inilah pokok ini sering dikaitkan dengan hantu. Bau [...]

BUNGA RAYA

Bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya atau nama saintifiknya Hisbiscus rosa sinensis ditanam meluas oleh penduduk Malaysia. Sama ada di rumah atau di taman-taman bunga, pokok ini ditanam sebagai tanaman hiasan kerana mempunyai bunga yang cantik dan pelbagai warna. Sebagai lambang bunga kebangsaan, pokok yang berbunga merah telah dipilih oleh Kementerian Pertanian. Sebanyak tujuh jenis [...]

BUNGA MATAHARI

Bunga matahari, nama saintifiknya Helianthus annuus dan tergolong dalam keluarga Asteraceae, cantik sebagai tanaman penghias halaman. Bunganya besar dan berwarna kuning terang. Bunga ini dinamakan bunga matahari kerana bentuknya dan bunganya akan menghadap ke arah matahari. Saiz bunga matahari antara 20 hingga 30 bunga matahari pula akan mencecah hampir tiga meter, bergantung pada kesuburannya. Daun [...]

ATI-ATI

 Ati-ati bukan sahaja cantik ditanam dalam pasu, malah kelihatan cantik berseri jika ditanam di halaman rumah. Ada pemilik rumah menanamnya di tepi pagar untuk menjadikannya sebagai pagar rumah yang cantik kerana kombinasi warna pokoknya yang cantik. Antara kombinasi warna daun pokok ati-ati ialah hijau bercampur ungu dan merah jambu bercampur hijau. Nama saintifik bagi pokok [...]

AKAR SOM

 Akar som dikenali juga dengan nama akar ginseng, akar songsong, ulam ginseng, som jawa, kelesom, turen shen, panicled fameflower root, dan talini paniculati radix. Nama saintifik bagi akar som ialah Talinum paniculatum gaertn dan tergolong dalam keluarga Portulacaceae. Pada asalnya, pokok ini tumbuh meliar dan mula dijumpai di kawasan beriklim tropika. Kesedaran tentang kebaikan memakan [...]

AKAR CERITA

Pokok akar cerita atau hempedu bumi merupakan tumbuhan herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 90 sentimeter. Pokok hempedu bumi ini banyak terdapat di China, India, Indonesia, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Akar cerita juga dikenali dengan nama hempedu tanah, kirta, king of bitter, dan sambiloto. Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah Andrographis paniculata dan termasuk [...]

POKOK AJAIB

Pokok ajaib merupakan pokok renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga tiga meter. Nama lain bagi pokok ini ialah miraculous berry, buah ajaib, miracle fruit, miracle berry, magic berry. Nama saintifiknya pula ialah Synsepalum dulcificum. Pokok ini dikatakan berasal dari Afrika dan banyak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika. Nama pokok ini mungkin kerana buahnya yang [...]