KEDAI KOPI JALAN BESAR

Kuantan, ibu negeri Pahang merupakan pintu masuk ke pantai timur bagi pengunjung  dari arah Kuala Lumpur dan selatan. Sebelum Kuantan, pusat pentadbiran negeri Pahang ialah Kuala Lipis. Sistem berkerajaan tempatan mula dilaksanakan di Kuantan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board yang bertanggungjawab terhadap kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada 1 September [...]

BAHASA JALAN TAR

Jalan Tuanku Abdul Rahman, KualaLumpur atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan, malah turut menjadi sebutan dan dikenali oleh pelancong luar negara. Di sini, terdapat pusat  beli-belah lama dan baharu yang menjadi tumpuan orang ramai, terutama menjelang musim perayaan dan musim persekolahan. Pelbagai barangan terdapat di sini, termasuklah pakaian, [...]

TAMAN METROPOLITAN: DESTINASI SANTAI DI PINGGIRAN KOTA

Taman Metropolitan Kepong seluas 90 hektar merupakan antara taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar seperti Selayang dan Batu Caves. Taman ini dilengkapi trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk permainan layang-layang. Setiap petang Sabtu [...]

HUTAN LIPUR KANCHING

Hutan Lipur Kanching, sebuah hutan simpan di negeri Selangor, terletak tujuh kilometer dari Pekan Rawang dan 23 kilometer dari Kuala Lumpur. Kalau dilihat dari luar, hutan simpan ini seperti kebanyakan hutan simpan yang lain juga. Pokok hutan menjulang tinggi, ada anak sungai, ada pondok-pondok rehat, ada kawasan lapang untuk aktiviti riadah keluarga dan ada unggas [...]

PEKAN GAJAH JATUH

Changlun adalah sebuah bandar kecil dalam daerah Kubang Pasu. Sempadan Malaysia – Thailand di Bukit kayu Hitam terletak hanya lapan kilometer dari pekan ini. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud “gajah jatuh”.  Kedudukan Changlun cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia – Thailand di Utara; Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) [...]

TANJUNG NAMA ASAL PORT DICKSON

Nama Port Dickson mengambil sempena nama pegawai tingggi British, Sir John Frederick Dickson yang bertugas di Negeri-negeri Selat pada akhir abad ke-19. Pada masa itu, orang Melayu menyebutnya sebagai Tanjung, manakala orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang (Arang) kerana di kawasan ini terdapat sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arang. [...]

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

Kuala Kangsar merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Perak Darul Ridzuan, terletak 48 kilometer ke utara Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kuala Kangsar juga [...]

PULAU KUKUP SUMPAHAN BUNIAN

Pontian, sebuah daerah di negeri Johor mempunyai keunikan tersendiri kerana di sini terdapat dua buah pulau iaitu Pulau Kukup dan Pulau Pisang. Antara kawasan penempatan di sini ialah Bandar Permas, Kampung Sungai Kuali, Kampung Sungai Durian, Kampung Serkat Barat dan Kampung Permas Kechil. Mukim Kukup pula terletak di selatan, berhampiran Pontian Kecil dan Tanjung Piai. [...]

BANDAR MENARA CONDONG

Mak Intan seorang ahli perniagaan dan golongan bangsawan yang disegani kerana kekayaan dan kebijaksanaannya. Mengambil sempena nama beliau, kawasan penempatan di Kuala Sungai Perak dinamakan Telok Mak Intan. Pada zaman penjajahan Inggeris, nama Telok Mak Intan ditukarkan kepada Telok Anson, sempena nama General Archibald Anson, Pegawai Daerah Hilir Perak ketika itu. Kemudian, pada 1 Januari [...]

KEDAI KEK MANIS, KAMPUNG LUBUK KATAK

  Tapah merupakan sebuah bandar dalam daerah Batang Padang, Perak. Salah satu versi asal-usul nama bandar ini berkaitan dengan ikan tapah. Penduduk sekitar  Sungai Batang Padang mengebumikan jenazah di tanah perkuburan di Kampung Datuk. Mereka membawa jenazah menggunakan sampan kerana tanah perkuburan itu berhampiran tebing Sungai Batang Padang.             Apabila hujan lebat dan air Sungai [...]